Membeli Domain & Hosting



Berikut adalah tutorial langkah demi langkah membeli domain dan hosting di sempoihosting.com

1. Masukkan nama domain yang ingin dibeli di kotak "Cari Domain Anda! yang terdapat di halaman utama website sempoihosting.com. Kemudian klik pada butang check.

2. Keputusan akan dipaparkan sama ada nama domain tersebut masih available (boleh dibeli) ataupun taken (sudah diambil oleh pihak lain). Jika masih available, maka anda boleh meneruskan belian anda dengan klik pada butang "Order Now". 


3. Nama domain tersebut akan dimasukkan ke dalam "shopping cart" . Langkah seterusnya,  memilih pakej webhosting pula. Jadi, klik pada link yang berwarna merah iaitu ["No Hosting! Click to Add] 

4. Anda akan dibawa ke halaman pakej-pakej webhosting, jadi, anda boleh pilih mana-mana pakej yang anda ingini. Klik pada butang "Order Now"

5. Selepas itu anda akan dibawa ke halaman shopping cart sekali lagi. Klik pada butang "Click to Continue>>" untuk meneruskan proses belian.


6. Disini, anda boleh membuat konfigurasi pakej hosting yang telah anda pilih. Harga yang perlu anda bayar adalah mengikut saiz "Disk Space" yang anda pilih. Untuk memilih dan menukar saiz disk space, anda boleh klik pada kotak di anak panah No 1 yang ditunjukkan di gambarajah dibawah.

Harga akan berubah dan diupdate secara automatik selepas anda membuat pilihan option disk space.

Setelah berpuas hati dengan disk space yang dipilih. Klik pada butang "Checkout"


7. Anda akan dibawa ke halaman Review & Checkout pula, disini, anda perlu lengkap maklumat butiran diri anda seperti nama, email, phone, alamat dan sebagainya.

Setelah siap mengisi butiran diri, klik pada butang "complete order"


8. Order anda akan diproses, dan anda akan memperolehi paparan seperti dibawah hanya untuk masa beberapa saat.


9. Kemudian, anda akan dibawa terus ke halaman invois untuk bayaran.
Di halaman ini, anda boleh memilih cara untuk membuat bayaran, terdapat 3 kaedah bayaran yang disediakan, iaitu secara :-

  1. Bank Transfer
  2. Paypal
  3. NBEpay Online Payment Gateway
Untuk mengubah cara bayaran, klik pada dropdown menu seperti yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam gambarajah dibawah.


10. Dalam masa yang sama juga, sistem kami akan menghantarkan 3 email kepada anda secara automatik. 
  1. Email welcome yang mengandungi maklumat akaun anda di sempoihosting.com . Dengan cara ini, apabila anda ingin membuat belian seterusnya, anda sudah tidak perlu lagi mengisikan butir-butir maklumat diri anda. Anda hanya perlu login sahaja ke akaun anda di masa hadapan.
  2. Email Order Confirmation - iaitu email bagi tempahan anda
  3. Customer Invoice - di dalam email ini mengandungi invois dalam bentuk fail pdf. Di dalam email ini juga terdapat nombor akaun bank untuk anda membuat bayaran. Selepas anda membuat bayaran, anda perlu reply email ini beserta bukti bayaran anda.



11. Setelah anda membuat bayaran dan memaklumkannya kepada kami. Pihak kami akan aktifkan akaun anda dan akan menghantarkan satu lagi email yang mengandungi maklumat login bagi akaun hosting anda.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Maksud AFFILIATE?